Pokok Demokrasi Krisis politik Perak 2009

Rencana utama: Pokok Demokrasi

Pada 3 Mac, sebanyak 27 anggota Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat mendapati mereka dilarang masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri persidangan tergempar, maka mereka terpaksa mengadakan "persidangan" tersebut di bawah sebatang pokok kira-kira 100 meter di luar bangunan DUN, untuk meluluskan tiga usul iaitu menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.[11] ADUN Chenderiang, Dr Mah Hang Soon menyifatkan tindakan yang dilakukan Speaker V. Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak dan menuduh Sivakumar tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan.[12] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan perhimpunan di bawah pokok ini sebagai "sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia."[13]Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan bahawa perhimpunan di bawah pokok tersebut adalah tidak sah, dan mengeluarkan perintah menahan Sivakumar dari mengadakan persidangan tanpa keizinan baginda. Walau bagaimanapun, Nizar menegaskan bahawa tiada mana-mana mahkamah di negeri yang boleh mencabar Speaker.[14]

Rujukan

WikiPedia: Krisis politik Perak 2009 http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://pasberuas.blogspot.com/2008/07/kerajaan-pr-... http://www.malaysiakini.com/news/103763 http://www.malaysiakini.com/news/103800